HILANGKAN MASALAH SEMBELIT

HILANGKAN MASALAH SEMBELIT

Usus yang elok akan selalu berkunjung ke bilik kecik setiap hari.. atau setiap pagi.. (toilet)

Kalau u ols berkunjung ke bilik kecik 2,3 hari sekali tu maknanya usus tgh bertarung nak sihat...

Set garlic + minn kaffe ni dapat membantu mereka yang ada masalah sembelit.
Dengan khasiat garam buluh dan bawang putih.

Sembelit jangan di ambil ringan ye tuan/puan.
Kalau tidak di rawat boleh membawa kepada penyakit lain...
Contohnya seperti usus kotor, kanser usus, masalah antibodi, antibodi lemah dan sebagainya.

Ready stok...ready stok...ready stok...

Stok selalu ready utk u ols.. kalau nak roger je ok...
Penghantaran percuma sekitar kulim,serdang kedah

Fahana 0166267856
Fahana 0166267856
Fahana 0166267856


Selamat Hari IBU




SELAMAT HARI IBU MAK...
SANGAT BESAR PENGORBANAN MAK KEPADA KAKNA DAN ADIK2...
HARI IBU BAGIKU IALAH HARI-HARI...TIADA TARIKH YG SPESIFIK UTK AKU...SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN SELAGI ITU LAH ADA HARI IBU BAGUKU...

Emak seorang yg sgt tabah...
aku adalah anak sulung di dalam keluarga..mempunyai 3 orang adik.. emak melahirkan 4 puteri yg comel dan cantik... dah ada org berkenan dah pun sorang (aku la tu)...hehehe
Seorang ibu yg sentiasa berkorban demi keluarga..Moga ALLAH sentiasa melihat apa yg mak lakukan..
tak lupa jugak dekat abah...abah pun seorang bapa yg sgt istimewa di hati kami... Dulu seorang perwira negara...(Abg cekar.....bak kata Auni anakku)hihi..
Abah menghidap glaukoma selama 25 tahun dan telah hilang daya penglihatan sejak 20 tahun yg lalu. SUBHANALLAH... Abah xdapat melihat kami membesar dgn sihat dan cantik..terutama adik ku yg ke 3 dan ke 4..Tapi walaupun xdapat melihat..abah sentiasa memberi kasih sayangnya kpd kami tanpa berhenti berfikir tentang anak2nya walau sejauh mana kami pergi...Walaupun kami xpernah merasa bagaimana seorang bapa menghantar anak kesekolah...tp km tetap bersyukur...kerana abah lebih dari apa yg kami harapkan...Juga seorang suami yg tidak pernah mengabaikan t/jawab seorang suami kpd isteri dan rumahtangga...

ini lah abah dgn mak...nanti saya letak gambaq muda2 pulak na...

Sepanjang abah tidak berupaya bekerja mcm suami lain..emak lah yg byk berkorban...Hanya dgn kerja kilang saja..dia membesarkan..disamping itu abah juga membantu..
emak pandai menjahit,memasak...tak pernah kami di ajar untuk membeli kuih dan lauk...walau penat mcm mn pun mak mesti akan masak..tp skrang eton dah byk membantu...eton adik aku yg nmbr 2...dia mmg pandai masak....mcm mak..
kini aku telah bersuami dan aku telah menjadi ibu juga...bertapa aku rasa sgt berharganya kasih sayang seorang ibu...
Ya allah...jadikan aku anak yg sentiasa membahagiakan emak dan abah...
Semasa aku darjah 1 mak dah mula hilang terus daya penglihatan.. tok dgn tokwan aku byk membantu..
mereka menjaga aku dan adik yg bongsu...terima kasih utk tok dan ayahwan..


sumber inspirasiku

sumber ilham ku
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini